Tuesday 19 July 2016





Pada 18 Julai 2016, sebuah Majlis Pelancaran T-Care LINUS 2.0 bagi tahun 2016 telah diadakan. Program yang diperkenalkan oleh JPN Terengganu ini adalah bertujuan untuk mencapai matlamat sifar LINUS bagi tahun-tahun yang mendatang. Sembilan orang murid Tahun 3 telah terpilih bagi program ini. Setiap murid yang terlibat akan mendapat seorang guru untuk membimbing murid tersebut melepasi konstruk-konstruk yang masih gagal dikuasai. Majlis ini telah dirasmikan oleh PK Pentadbiran SK Saujana iaitu En Zaiman b Che Zahari.





Pada 14 Julai 2016, semua sekolah di negeri Terengganu telah mengadakan sambutan Hari Raya. Sekolah Kebangsaan Saujana juga tidak terkecuali daripada mengadakan sambutan hari yang meriah ini. Suasana meriah dapat dirasakan apabila para guru dan murid-murid melangkah ke sekolah dengan pakaian yang indah dan cantik. Kemeriahan ini juga ditambah dengan hidangan kuih-muih dan makanan yang lazat serta memukau semua yang hadir. Terdapat aktiviti seperti persembahan lagu raya dan selawat yang diterajui oleh murid-murid SKS sendiri. Selamat Hari Raya

Saturday 16 July 2016


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.


Sempena bulan Ramadhan yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, sebuah Majlis Khtam Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan. Majlis yang berlangsung pada 30 Jun 2016 telah berlangsung dengan meriah sekali dan memandangkan ini  merupakan hari terakhir persekolahan sebelum bercuti bagi menyambut Hari Raya Aidlilfitri.

16 Mei merupakan Sambutan Hari Guru di Malaysia. Sehubungan itu, satu majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2016. Bertemakan 'Back to School', para guru telah memilih untuk mengenakan pakaian sekolah bagi mengimbau kembali kenangan ketika bersekolah dahulu. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dan majlis ini berlangsung dengan begitu meriah sekali.

Kejohanan Badminton Daerah Setiu bagi tahun 2016 telah diadakan pada 25 April 2016. Pasukan SK Saujana telah menghantar 8 pemain yang merangkumi kategori lelaki bawah 11, perempuan bawah 11, lelaki bawah 12 dan perempuan bawah 12. Seorang peserta masing-masing bagi kategori lelaki bawah 12 dan perempuan bawah 12 telah mendapat tempat ketiga. Syabas untuk semua yang terlibat.

Pada 13 April 2016, satu pertandingan Smart English bagi zon Setiu Utara untuk tahun 2016 telah diadakan. Pertandingan yang telah dijalankan di SK Mangkok telah berlangsung dengan jayanya. Pada tahun ini pasukan Smart English SKS telah mendapat tempat kedua. Namun, segala usaha yang telah dilakukan oleh semua peserta dan guru-guru Bahasa Inggeris harus diberikan pujian. Tahniah dan syabas.